Thursday 26 January 2012

Bayi tolak susu badan


SAYA ibu kepada seorang bayi lelaki berusia empat setengah bulan. Saya bersalin melalui kaedah Caesarean dan selepas melahirkan anak, hanya mampu menyusukan bayi selama sebulan.

Keadaan ini agak mengecewakan kerana saya berazam untuk menyusukan anak melalui susu badan. 
Masalahnya bayi saya menolak untuk diberikan susu badan kerana lebih selesa menyusu botol. Mungkin ketika itu air susu badan saya agak berkurangan.

Adakah sebarang alternatif untuk mengaktifkan kembali air susu badan? Bagaimana memujuk bayi saya supaya dapat menerima susu badan walaupun dia sudah biasa menyusu susu botol?

IBU RESAH
Kuching, Sarawak


MEMBINCANGKAN persoalan anda sama seperti wanita yang ingin menyusukan bayi angkat. Untuk menghasilkan susu badan, ia memerlukan semangat dan kerajinan kerana hasilnya tidak kelihatan dalam sekelip mata.

Faktor utama adalah rangsangan manual terhadap puting payudara kerana ia membantu menghasilkan hormon oksitosin yang akan memancutkan susu dari payudara.

Terdapat ubat yang dikatakan dapat membantu menghasilkan susu di dalam payudara walaupun sebenarnya ia hanyalah satu daripada kesan sampingan ubat terbabit iaitu ubat itu dihasilkan atau dipasarkan bukan untuk kegunaan menghasilkan susu badan.

Anda boleh pergi mendapatkan nasihat daripada kumpulan penyusuan badan yang lazimnya terdiri daripada jururawat dan doktor sesuatu hospital yang ditauliahkan sebagai hospital rakan bayi.

Bayi anda mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan semula dengan puting payudara berbanding puting tiruan yang lebih mudah. Kesabaran dan ketekunan sangat penting dalam perkara ini.

Sumber : Harian Metro

Hanya 6 hospital swasta diiktiraf rakan bayi


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KK) kecewa apabila mendapati hanya enam daripada 195 hospital swasta di negara ini memiliki perkhidmatan bersalin yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi (HRB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pencapaian itu sangat rendah berbanding hospital kerajaan apabila 127 daripada 134 hospital itu memperoleh pengiktirafan berkenaan.

“Sepatutnya, pelaksanaan insiatif HRB ini boleh dilaksanakan di semua hospital swasta memandangkan pelaksanaan yang berjaya di enam hospital swasta sejak 1998.

“Jadi, kita menggesa hospital swasta di negara ini melaksanakan inisiatif ini kerana ia berupaya menyediakan persekitaran yang menyokong ibu mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan HRB juga dapat memberi maklumat yang tepat dan dibantu oleh anggota kesihatan terlatih bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.


Menurutnya, kementerian yakin dapat meningkatkan bayi yang diberikan susu ibu saja sehingga bayi berusia enam bulan jika perlaksanaan inisiatif HRB itu dijalankan di hospital swasta.


Sumber : Harian Metro

Susu ibu ada nutrien amat kritikal


Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
● Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
● Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
● Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
● Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
● Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
 Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
● Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
● Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
● Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan penyusuan badan untuk ibu : 
● Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
● Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
● Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
● Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Kebaikan lain: 
● Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
● Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.

Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Dari Harian Metro

Boleh jejas keturunan dalam Islam

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my



PENYUSUAN susu ibu antara pendidikan awal dan utama bagi setiap bayi. Peranan itu hanya dianugerahkan kepada kaum wanita saja.

Bayi yang baru dilahirkan berasa selamat dan sungguh selesa apabila berada dalam dakapan ibunya ketika disusukan.

BANK SUSU...boleh menyebabkan percampuran serta kecelaruan keturunan yang membawa mudarat kepada umat Islam.

CABARAN...walau sesibuk mana sekalipun ibu berkerjaya perlu menyediakan stok susu kepada bayi ketika ketiadaan mereka.

BANYAK...ibu yang menyumbang susu mereka ke bank susu tidak mengetahui bayi yang akan memanfaatkan susunya.

BERI SUSU IBU...setiap bayi dilahirkan perlu bergantung pada susu ibu untuk membesar sehingga umur dua tahun.


Ia dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu dan anaknya. Allah s.w.t memilih wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka. 

Setiap bayi yang baru lahirkan dikurniakan naluri untuk menyusu daripada ibunya.


Menurut sejarah Islam, Rasulullah juga disusukan ibunya dan kemudian dihantar kepada ibu susuannya, Halimatus Saadiah. Di sebalik kisah itu, pasti kita dapat rasakan betapa besarnya peranan penyusuan susu ibu dalam kehidupan manusia.


Manusia yang hidup pada zaman dulu, hanya bergantung pada susu ibu untuk membesar sehingga umur mereka dua tahun. Jelaslah agama Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu. 

Maka menjadi kewajipan kepada ibu untuk menyusukan bayinya serta menyempurnakan hak bayinya menikmati kebaikan susu ibu jika mereka mampu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ibu-ibu menyusukan anak-anaknya dua tahun genap, bagi orang yang hendak menyempurnakan susuan. Kewajipan ke atas bapa memberi belanja ibu, anaknya itu dan pakaiannya secara makruf, tidaklah diberati seseorang melainkan sekadar tenaganya. Tidak mudarat ibu kerana anaknya dan tidak pula (mudarat) bapa kerana anaknya; dan terhadap waris pun demikian juga. Jika kedua-dua ibu bapa hendak menceraikan anaknya daripada menyusu (sebelum dua tahun), dengan kesukaan dan mesyuarat antara keduanya, maka tidaklah berdosa keduanya. Jika kamu mengkehendaki perempuan lain menyusukan anakmu, maka tidak berdosa kamu apabila kamu berikan upahnya secara makruf. Dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 233)

Ibu berkerjaya memberi alasan kesibukan kerjanya menyebabkan mereka gagal memberi perhatian khusus menyusukan bayi mereka.

Selain itu, terdapat juga golongan ibu yang bermasalah kerana pengeluaran susu tidak sempurna sehingga memaksa mereka mencari alternatif lain seperti memberikan susu formula sebagai tambahan kepada bayi mereka.

Malah ada ibu yang begitu menjaga penampilan diri selepas bersalin merasakan jika menyusukan bayinya akan menjejaskan potongan badan mereka. 

Apa saja alasannya, menyusukan bayi mampu merapatkan hubungan antara ibu dan anak sepanjang tempoh penyusuan itu. Jika ada ibu yang benar-benar tidak mampu menyusukan bayinya carilah alternatif terbaik seperti mengupah seorang yang dikenali dan rapat untuk dijadikan ibu susuannya.

Baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2011 mengeluarkan fatwa mengharamkan penubuhan bank susu kerana ia boleh mengakibatkan percampuran dan kecelaruan keturunan yang boleh membawa umat Islam terjebak dalam keraguan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apa yang diharamkan dengan sebab penyusuan adalah sama dengan apa yang diharamkan dengan sebab keturunan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menjaga keturunan termasuk dalam lima perkara wajib yang perlu dipelihara dalam syariat Islam. Tindakan yang boleh membawa kemudaratan kepada keturunan perlu dielakkan.

Selain itu, dalam keputusan itu, Muzakarah berpandangan hukum penubuhan bank susu berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan iaitu bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita menyebabkan anak kandungnya menjadi adik-beradik susuan kepada bayi itu tadi.

Sebab itu, perkahwinan di antara mereka menjadi haram apabila memenuhi syarat yang ditetapkan. Pandangan itu selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ iaitu seseorang bayi sah sebagai anak susuan sama ada melalui penyusuan secara langsung (payudara) atau penyusuan secara tidak langsung. 

Daripada Ibnu Mas’ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging. (Riwayat Abu Daud).

Melihatkan kepada kesan percampuran keturunan di kalangan umat Islam pada masa akan datang, penubuhan bank susu itu tidak boleh diwujudkan.

Malah keperluannya juga tidak bertepatan kerana kita tidak berada dalam keadaan darurat sehingga boleh mengancam keperluan umat dalam masyarakat.

Muzakarah juga memutuskan harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela dengan syarat keluarga bayi serta penderma saling mengenali.

Ia bagi memenuhi keperluan bayi pramatang yang memerlukan rawatan, ibu yang kekurangan susu dan ibu yang mempunyai penyakit kronik dan berjangkit sehingga tidak dapat menyusukan bayinya.

Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Rani Awang Besar berkata, bank susu yang dicadangkan itu memberi implikasi besar terhadap kecelaruan keturunan yang dinyatakan.

“Ia benar kerana apabila susu itu dikumpulkan (bank) dengan banyak dan bercampur pula dengan susu ibu dari pelbagai latar belakang pastinya tidak menjamin pembahagian sempurna kerana mereka tidak mengetahui siapa bayi yang akan memanfaatkan susunya itu. 

“Sifat susu itu memang bersih dan suci namun ia menimbulkan keraguan kerana dibimbangi penerima susu (bayi) itu nanti kelak berkahwin dengan saudara susuannya,” katanya.

Beliau berkata, setiap ibu perlu menyusukan anak mereka selama dua tahun dan jika ada yang tidak mampu mereka boleh mengupah untuk menyusukan bayinya.

“Kita menyambut baik keputusan yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara itu. Penjagaan keturunan begitu penting kerana Islam jelas mengharamkan adik-beradik susuan berkahwin sesama sendiri.

“Itulah sebabnya kita perlu mengelak dari awal sebelum berlakunya perkara sedemikian,” katanya.

Mohamad Rani berkata, bayi yang menyusu dengan ibu susuan sehingga lima kenyang mendapat taraf anak dengan ibunya. 

“Bermakna bayi itu akan menjadi saudara susuan dengan anak kandungnya termasuk suaminya turut menjadi ayah susuan. Namun hukum mahram anak susuan hanya berkaitan dengan hubungan perkahwinan dan ia tidak membabitkan urusan pembahagian harta pusaka.

“Berdasarkan sejarah nabi dan zaman sebelumnya, masyarakat Arab akan menghantar bayi mereka ke kawasan perkampungan untuk disusukan.

“Halimatus Saadiah menjadi ibu susu bertuah kerana menyusukan Rasulullah s.a.w. Ibu susunya itu juga merekod bayi yang pernah menyusu dengannya.

“Malah nabi menjalin hubungan yang sangat baik dengan saudara susuannya dan sering menziarahi mereka,” katanya.

Beliau berkata, bagi ibu yang berkerjaya, mereka kini mempunyai pelbagai cara bagi memberikan penyusuan ekslusif kepada si kecil sehingga bayi mereka berumur dua tahun.

“Barangkali, di tempat kerja mereka ada menyediakan nurseri yang memudahkan mereka memantau serta menyusukan anak pada waktu rehat. 

“Selain itu, jika tiada kesempatan, mereka boleh menyediakan stok susu hasil perahan yang diletakkan dalam peti dan diberikan kepada bayi yang tinggal bersama penjaga,” katanya.


Sumber : harian Metro 

Wednesday 25 January 2012

SGM 1 : Kelab susu ibu Kelantan

Cadangan tempat : TAMAN TENGKU ANIS, PENGKALAN CHEPA
Cadangan tarikh : 4/2/02
Cadangan masa : 3 PTG

Maklumat lanjut boleh ke FB group : Kelab Susu Ibu Kelantan

Sunday 15 January 2012

Bank susu ibu haram


2012/01/16

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan


PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. 



Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.


Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.


Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.



Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.



Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.



“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan. 
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.



Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.


Monday 9 January 2012

Breastfeeding Moms Support Group Meeting



Breastfeeding Moms Support Group Meeting for January 2012 organized by Kelab Susu Ibu Melaka.
Date:15th Jan 2012 (Sunday)
Time:4.00 pm
Venue: Taman Seribu Bunga, Air Keroh.
Topic:Breastmilk management
The SGM is open for public. Please share with others :)

Saturday 7 January 2012

Kelab Susu Ibu

Jadual latihan pemberian perahan susu ibu

dari buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Jadual latihan memulakan perahan susu ibu


 Sumber : http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/07/penyusuan-susu-ibu-pilihan-terbaik3.html
dari buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi ibu Bekerjaya

Braestfeeding books

The ultimate breastfeeding book of answers

Baby magic planning for a lifetime of love

Breastfeeding made simple

Breastfeeding a mother's gift

The breastfeeding mother's guide to making more milk
The womanly art of breastfeeding

Buku-buku berkenaan penyusuan




Anda boleh dapatkan di group Breastfeeding Mall (BFM) -->https://www.facebook.com/groups/breastfeeding.mall/

Group ini dibuka untuk memudahkan ahli-ahli Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) dan selainnya yang mencari sebarang produk berkenaan penyusuan susu ibu (warganegara Malaysia shj). 
Ia juga dibuka untuk menghimpunkan semua usahanita dari KIM & selainnya yang menjalankan perniagaan berkaitan penyusuan susu ibu.

Pengendalian ebm ke bs

Pengendalian susu

1.       Botol susu di tag dari no 1-5.
2.       4OZ atau 3OZ akan di isi setiap botol.
3.       Ibu bagi susu ikut turutan 1-5.
               (sebab no.1 & 5 adalah fresh milk, dan 2,3,4 frozen milk)
4.       Bagi susu pada setiap 2 atau 3 jam.
                (tapi kalau die lapar lagi xp,ibu kasi je,
                yang penting botol 1-4 ,mesti habiskn.)

Cara nak panaskn susu.

5.       Keluarkan susu dari freezer untuk panaskan.
                (susu tu akan ada 2 lapisan foremilk & hindmilk,
                Sebelum panaskan ibu goyangkan botol tu dulu
                 untuk sebatikn susu.Goyang manja gitu.
                 Jangan goyang macam susu tepung tau.Nanti hilang zatnya.)
6.       Masukkan dalam warmer dan suhu dr 40-70. Jangan lebih 70.
                (masukkan susu dalam warmer terus bukan cup hijau.)
7.       Rasa susu sebelum bagi iman minum.
                (panas atau suam)

Nota:

Susu yang belum minum tapi dah dikeluarkan
 dari peti ais perlu dihabiskan 3-4JAM.
Susu yang dah minum  tapi tak habis time tu
perlu dihabiskan 1-2JAM selepas tu.
Susu frozen yang dah dicairkan perlu habiskan dalam masa 24JAM.
Tidak boleh panaskan susu perahan terus di atas api dapur,ketuhar gelombang mikro (microwave oven) atau didihkan susu perahan.

“Susu ibu adalah makanan terbaik sehingga 6 bulan. Tidak perlu makanan tambahan sampai umur 6 bulan. Bermula dari umur 6 bln baru boleh diperkenalkan dengan solid food+susu ibu.
Mudah2an iman dapat exclusive breastfeeding until 2years. Amin..”

CHAIYOK IBU – IBU SEMUA!!!
-anne hussein-

Suhaili Mummy Aulia usaha yang bagus. cuma sedikit teguran, utk panaskan susu, suhu yang disarankan ialah tidak melebih 40 darjah celcius. suhu melebihi 40 darjah celcius akan mematikan aktiviti2 enzyme dalam SI

Ann Aien kdg2 warmer tu 40 die x panas la,mebi sbb bru kua peti ais then kite panaskn so susu tu x jln pun dgn 40

SGM 1 : Persediaan Penyusuan Ibu Ketika Hamil

SGM 1 : Persediaan Penyusuan Ibu Ketika Hamil
Sunday, 29 January 2012.
Time: 09:30 until 12:00
Tempat: Moms Basic, 21F, S.U Mall, Saujana Utama, Sg.Buloh, 47000 Sungai Buloh, Malaysia

Persediaan Ketika Hamil
- kenali fisiologi payudara anda
- pencarian hospital Rakan Bayi (swasta atau kerajaan)
- sokongan suami dan keluarga
Persediaan Kelahiran
- 1 jam pertama
- bersediakah ibu untuk menyusu?
- persediaan bayi
- perlukah mengepam selepas kelahiran

Maklumat lanjut: Hubungi Azrina Mohd Tajul Ariffin

Perjumpaan Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu


JANUARY BREASTFEEDING DISCUSSION

Description
Perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu Januari
January Support Group Meeting

TOPIK : YOUR ROLE IN SUPPORTING BREASTFEEDING
TARIKH : 14 JANUARI 2012 / SABTU
MASA : 2.30PM - 4.30PM
TEMPAT : Mom's Little Ones, D'Piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang
TEMA : POTLUCK UTK MINUM PETANG

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!! FREE FOR EVERYBODY!!!

DIGALAKKAN BAWA BERSAMA AHLI KELUARGA, SUAMI / ISTERI, KAWAN-KAWAN, JIRAN-JIRAN...

JOM BINCANG DAN SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PEMIKIRAN MENGENAI BREASTFEEDING, U ARE MOSTLY WELCOME!!!

(^_^)

PETA LOKASI::

http://momslittleones.com/outlets/pulau-pinang.html


Sumber : https://www.facebook.com/events/304612859580946/

Friday 6 January 2012

Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
 
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
 
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
 
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
 
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
 
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
 

Hukum Penubuhan Bank Susu

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.
Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkaitrapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
رواه أبو داود                                                                                    
Maksudnya:
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.
Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain.