Saturday 24 September 2011

PANDUAN PUJUK BAYI...GEMAR MENYUSU SEBELAH PAYU DARA

Adalah normal bg segelintir ibu apabila terpaksa berhadapan dgn masalah begini.Sbg contoh,bayi disusukan menggunakan posisi Cradle Hold (mendukung) di payudara kanan namun apabila diubah ke payu dara kiri dalam posisi yg sama,dia menolak payu dara kiri.Berkemungkinan bayi selesa dgn posisi Cradle Hold  dimana bahagian kiri badannya menghadap ke kulit ibu.
Dalam pada itu terdapat pelbagai faktor yg menyebabkan bayi mempunyai kecenderungan menyusu hanya sebelah payu dara.

  1. Keadaan bayi
  2. Fizikal payu dara
  3. Puting
  4. Kosmetik
  5. Jejas susu

Panduan memujuk

  • Proses memujuk dan melatih bayi utk menerima payu dara yg tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Jangan sesekali memaksa bayi utk menerima dan menyukai payu dara bermasalah dlm masa singkat
  • Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda.Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia mengenal dan mengecam bau anda.Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin
  • Susukan bayi menerusi payu dara yg digemarinya terlebih dahulu.Apabila susu mula dirembes laju dikedua dua belah payu dara,secara perlahan-lahan tukar posisi bayi ke payu dara yg kurang digemari.Dengan cara ini,bayi tidak akan menolak payu dara tersebut krn aliran susu adalah lancar
  • Anda juga boleh memulakan penyusuan dgn payu dara yg bermasalah setiap kali penyusuan.Namun,lakukannya ketika bayi didalam keadaan hampir tertidur,selesa atau tidak terlalu lapar
  • Anda digalakkan utk memereah payu dara yg kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dgn selesa drpd payu dara tersebut.Malah,sepanjang proses menggalak bayi menerima payu dara yg tidak disukainya,jangan lupa utk memerah susu daripada payu dara sebelah lagi agar ransangan sentiasa ada dan mencukupi
  • Lokasi penyusuan memainkan peranan penting.Suasana di sekeliling lokasi yg tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi
  • Proses ini tidak berhasil dalam sekelip mata.Ia memerlukan beberapa hari atau minggu.Jangan sesekali berputus asa.Yakinkan diri bahawa anda boleh! Hati perlu cekal,tabah dan minda mesti kuat.

No comments:

Post a Comment