Thursday 26 January 2012

Hanya 6 hospital swasta diiktiraf rakan bayi


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KK) kecewa apabila mendapati hanya enam daripada 195 hospital swasta di negara ini memiliki perkhidmatan bersalin yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi (HRB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pencapaian itu sangat rendah berbanding hospital kerajaan apabila 127 daripada 134 hospital itu memperoleh pengiktirafan berkenaan.

“Sepatutnya, pelaksanaan insiatif HRB ini boleh dilaksanakan di semua hospital swasta memandangkan pelaksanaan yang berjaya di enam hospital swasta sejak 1998.

“Jadi, kita menggesa hospital swasta di negara ini melaksanakan inisiatif ini kerana ia berupaya menyediakan persekitaran yang menyokong ibu mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan HRB juga dapat memberi maklumat yang tepat dan dibantu oleh anggota kesihatan terlatih bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.


Menurutnya, kementerian yakin dapat meningkatkan bayi yang diberikan susu ibu saja sehingga bayi berusia enam bulan jika perlaksanaan inisiatif HRB itu dijalankan di hospital swasta.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment