Pengenalan
Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya. Satu perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyak sekali mendatangkan faedah kepada anda dan bayi.
Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentang penyusuan itu atau pernah menyusukan bayi anda sebelum ini, kami boleh membantu membimbing anda. Kami akan memandu anda, bermula dari kehamilan, ketika penyususan sehinggalah kepada menghentikan penyusuan.
Penyusuan susu ibu: Pemberian semula jadi.
Bagi sesetengah ibu dan bayi, penyusuan dengan susu ibu berjalan dengan lancar sejak dari awal lagi. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin mengambil sedikit masa dan terpaksa mencubanya beberapa kali untuk memperolehi kejayaan. Sesuatu yang baru itu biasanya memerlukan masa dan latihan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda bolehlah mendapatkan nasihat dari jururawat semasa berada di hospital, berjumpa pakar pediatrik, penasihat penyusuan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Mereka boleh membantu anda.
Anda harus ingat bahawa asas paling penting kepada kejayaan sesuatu penyusuan itu ialah teknik dan kedudukan semasa penyusuan. Anda perlu banyak bersabar dan berfikiran positif kerana penyesuaian antara anda dan bayi akan mengambil masa. Ingatlah bahawa susu ibu bukan sekadar makanan, ia lebih dari itu. Susu ibu mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitan dan mempunyai kesan psikologi dan perubatan yang penting kepada kedua-dua ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu adalah pemberian semula jadi anda kepada bayi.
Persediaan semasa hamil
Sesuatu yang paling penting boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan menyusukan bayi ialah membuat persediaan awal semasa kehamilan. Walaupun penyusuan ini sesuatu yang semula jadi, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lahir dari naluri. Dengan menghadiri kelas penyusuan bayi, anda boleh mula mempelajari tentang penyusuan dan hubungan mesra antara anda dan bayi ketika melakukan penyusuan itu. Sokongan dari ibu ke ibu yang diberikan oleh kumpulan sokongan ibu di kawasan anda atau kaunselor penyusuan ini amat berguna dan berfaedah buat anda. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, anda dapat berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain dan mempelajari lebih lanjut teknik menyusukan bayi dengan betul.
Adakah saya memerlukan persediaan sebelum menyusukan bayi?
Semasa kehamilan, anda tidak perlu menjaga puting atau payu dara anda secara khusus. Pastikan coli anda dapat menyokong payu dara dengan sempurna. Oleh kerana payu dara anda semakin membesar, anda perlu membeli coli khusus untuk penyusuan yang dapat menyediakan ruang untuk payu dara membesar. Basuh payu dara anda dengan air suam sahaja. Jangan gunakan sebarang sabun, losyen atau alkohol kerana ia mungkin mendatangkan kerengsaan dan menyebabkan gatal-gatal. Dapatkan pemeriksaan payu dara dan puting dari pakar obstetrik atau doktor semasa kehamilan.
Bagaimana persediaan tubuh badan anda semasa kehamilan?
Jika anda hamil, secara semula jadi tubuh anda mula bersiap sedia untuk proses penyusuan. Semasa 4 atau 5 bulan hamil, badan anda sudah berupaya menghasilkan susu. Susu yang pertama dikenali sebagai kolostrum yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Ia juga mengandungi bahan yang dapat melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.
Kolostrum adalah pekat dan berwarna kekuningan atau keperangan. Badan anda akan menghasilkan kolostrum selama beberapa hari selepas bersalin sehinggalah susu yang telah matang dikeluarkan. Susu ini lebih cair, berwarna seperti susu dan mula menyesuaikan dengan keperluan bayi sepanjang masa penyusuan. Satu dari sifat-sifat istimewa susu ibu adalah, ia berubah semasa anda menyusukan bayi untuk disesuaikan dengan keperluan bayi yang membesar.
Bagaimana susu ibu dihasilkan?
Semasa hamil, badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang dipanggil prolaktin. Hormon ini akan merangsang sel dalam payu dara untuk menghasilkan susu. Jumlah prolaktin ini akan meningkat semasa anda menyusukan bayi. Saiz payu dara bukanlah merupakan faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu. Bayi yang sedang menyusu itulah yang mengawal pengeluaran susu. Dengan kata lain, semakin kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akan dihasilkan.
Oksitosin merupakan sejenis hormon lagi yang meningkat ketika kehamilan. Hormon ini menyebabkan sel otot kecil payu dara mengecut dan memerah susu keluar dari saluran susu ke puting. Proses ini dikenali sebagai refleks pengaliran turun yang berlaku setiap kali anda menyusukan bayi.
Soalan Kegemaran
1. Mengapa susu badan dianggap terbaik?
2. Siapakah yang dapat membantu saya?
3. Adakah saiz penting?
4. Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?
5. Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?
6. Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?
Mengapa susu badan dianggap terbaik?
Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Alahan
- Muntah
- Cirit-birit
- Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
- Meningitis
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
- Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
- Tidak perlu disediakan.
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
- Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
- Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
- Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
- Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
- Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
- Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Siapakah yang dapat membantu saya?
Selepas membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, adalah baik jika anda memperolehi sokongan sosial dari keluarga dan rakan-rakan. Walaupun si bapa tidak dapat merasakan kemesraan yang wujud ketika penyusuan, mereka juga berpeluang berkongsi saat-saat indah dan istimewa yang lain bersama bayi mereka. Adik beradiknya yang lebih tua boleh membantu dengan memegang bayi, menukarkan lampin dan bermain -main dengannya.
Sebelum bersalin, pelajari seberapa banyak yang boleh mengenai penyusuan susu ibu. Membaca, menonton televisyen atau video mengenai penyusuan dan berbincang sesama rakan lain yang pernah menyusukan bayi boleh membantu anda dalam perkara ini. Anda boleh menghadiri kelas mengenai penyusuan susu ibu. Kebanyakan hospital, klinik kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela kesihatan mengadakan khidmat ini. Sumber-sumber seperti yang tercatat di bawah ini boleh juga membantu anda:
- Pakar Obstetrik dan Pediatrik.
- Jururawat/Bidan.
- Kaunselor Penyusuan di hospital yang berhampiran.
- Anggota kesihatan di klinik yang berdekatan boleh membantu anda sekeluarga mengenai teknik-teknik penyusuan susu ibu dengan betul.
Berbincanglah dengan pakar Obstetrik dan Pediatrik untuk memastikan ubat-ubat yang anda ambil tidak membahayakan bayi anda melalui penyusuan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat tidak memudaratkan, oleh itu anda tidak perlu merasa risau.
Antara susu ibu dengan susu formula Adakah saiz penting?
Saiz payu dara bukanlah suatu masalah. Payu dara yang lebih besar bermakna ia mengandungi lebih banyak tisu lemak. Ini tiada kaitannya dengan penghasilan susu. Jarang sekali seseorang wanita itu dilahirkan dengan kekurangan tisu glandular sehingga boleh menjejaskan usahanya untuk menyusukan bayi secukupnya. (Sebenarnya, wanita yang mempunyai payu dara kecil lebih mudah mengaturkan kedudukannya ketika menyusu berbanding mereka yang mempunyai payu dara yang besar).
Apabila bayi anda dilahirkan, ia pasti akan mendapat susu yang cukup, jika:
- Ia disusukan sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.
- Menjelang hari ketiga, bayi akan membuang air kecil sekurang-kurangnya 3 - 4 kali sehari dan air besar sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Pada hari ke 6 bayi akan membuang air kecil 6 - 8 kali sehari dan air besar 2-3 kali sehari.
- Air kencing berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau berwarna oren.
- Bayi akan kehilangan tidak lebih 10% dari berat badannya semasa lahir, dan memperolehinya semula semasa melakukan pemeriksaan di minggu kedua . Selepas itu berat badannya akan stabil.
- Bayi akan tidur lena selepas menyusu dan kelihatan sihat dan ceria.
Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?
Saya sedang mengandung anak yang pertama dan akan bersalin pada bila-bila masa sahaja. Bagi saya penyusuan susu ibu sangat penting. Saya akan menyusu bayi saya sepenuhnya dengan susu sendiri dan melakukan yang terbaik untuknya. Dulu ibu saya mencuba penyusuan dengan susunya sendiri tetapi beliau tidak mempunyai susu. Apakah saya akan mewarisi masalah yang sama seperti itu?
Adalah sesuatu yang merisaukan jika kita mendengar cerita yang demikian rupa. Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau beberapa lama bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.
Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya. Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, menghadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda "kosong" dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.
Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah seperti merokok, megambil kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga. Pendarahan atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan beguk atau hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif), di samping pembedahan payu dara juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu. Jarang sekali terjadi di mana seseorang wanita itu kekurangan tisu glandular.
Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Masalah kesihatan bayi yang menyebabkan keadaan ini perlu dikenal pasti oleh doktor. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap (biasanya ia bersifat sementara). Bayi yang dilahirkan dengan frenulum (lipatan membran mukus di bawah lidah) yang pendek atau keras akan menghadapi kesukaran menyusu sehinggalah keadaan ini diperbetulkan atau kadangkala ia pulih dengan sendirinya.
Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?
Anda tidak perlu merasa terikat untuk menyusukan bayi anda sendiri bagi suatu tempoh yang lama, jika itu yang menggusarkan anda. Sebanyak manapun susu ibu yang bayi anda perolehi akan memberi faedah kepadanya. Tetapkan satu matlamat, contohnya anda ingin menyusu untuk 6 minggu pertama sahaja (jika ini boleh membuatkan anda berasa selesa). Lakukan segala yang mungkin dalam tempoh itu untuk memastikan bayi anda memulakan kehidupannya sebaik mungkin.
Untuk 6 minggu yang pertama itu, elak dari menggunakan susu botol atau puting tiruan. Luangkanlah lebih banyak masa untuk menyusukan dan mendampingi bayi anda. Anda mungkin terkejut kerana selepas 6 minggu tersebut anda masih belum bersedia untuk berpisah dan menghentikan penyusuan susu badan. Nikmati hubungan yang terjalin pada hari ini dan jangan terlalu memikirkan hari-hari seterusnya.
Hubungilah anggota kesihatan atau kumpulan sokongan ibu yang mungkin dapat membantu anda.
Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?
Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sebenarnya terdapat antara 28-35% dari wanita yang hamil kali pertama mempunyai puting yang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird, 1958; Blaikeley, 1953; Waller, 1946). Kehamilan merupakan tempoh penting perkembangan dan tumbesaran payu dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya memiliki puting tenggelam atau mendatar kini mungkin mendapati puting mereka mula menonjol apabila menghampiri masa untuk bersalin. Penonjolan dan pembentukan puting akan bertambah baik setiap kali kehamilan dan setiap kali anda melalui pengalaman menyusu anak.
Apabila anda berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlah memeriksa puting anda. Tekan areola di bahagian pangkal puting. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam dada. Jika puting kekal pada kedudukan yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda memiliki puting yang leper. Tetapi jika tekanan ini menyebabkan puting anda masuk ke dalam, ini menandakan puting anda tenggelam. Sebenarnya , kes puting yang benar-benar tenggelam jarang berlaku.
Anda boleh terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidak semestinya anda mesti mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjaya menyusukan anak. Bentuk puting ketika rehat tidak menunjukkan setakat mana ia akan menonjol ketika bayi menghisapnya.
Kedudukan yang betul ketika menyusu adalah sangat penting. Sentuhkan bibir bayi dengan puting anda berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membuka mulutnya dengan luas seperti menguap. Tarik sedikit payu dara anda ke belakang dengan memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabila mulut bayi mula melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayi memasukkan seberapa banyak yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya. Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisap dengan sempurna seolah-olah seperti puting.
Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satu cabaran. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai puting yang tenggelam atau leper lebih mudah terkeliru apabila menghisap. Keadaan ini berlaku apabila ia diberi puting tiruan di awal-awal minggu penyusuannya. Kenapa ini terjadi, penjelasannya adalah mudah. Meletakkan bayi ke payu dara anda selepas sahaja ia dilahirkan adalah sangat penting untuk 'mengingatkannya' bentuk puting ibunya. Bayi akan menjadi biasa dengan bentuk puting dan payu dara anda. Dalam kebanyakan kes, bayi boleh diletakkan terus ke atas dada anda. Biarkan ia menjilat dan menghisap puting anda.
Bayi yang dibiarkan berbuat demikian sejurus selepas dilahirkan lebih berjaya menghisap susu dari ibunya, walaupun ibu tersebut mempunyai puting susu yang tidak terjojol. Elakkan dari mengguna puting tiruan sehingga penyusuan dengan susu ibu telah benar-benar mantap. Jika terpaksa memberi tambahan susu formula, picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementara berusaha membina hubungan penyusuan antara anda dan bayi. Pastikan anda mendapat bantuan dan sokongan dari pihak hospital atau kaunselor penyusuan berkaitan dengan teknik dan kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi. Dapatkan latihan yang cukup sehingga anda benar-benar mahir tentang teknik penyusuan ini ketika payu dara anda masih lembut dan mudah dipegang. Amatlah berguna jika anda dapat memerah atau mengepam susu untuk beberapa minit sebelum memasukkan puting anda ke dalam mulut bayi. Ini akan membantu pengaliran susu yang baik. Memerah susu ke bibir bayi juga dapat menarik minat bayi anda.
Pemakanan semasa hamil
Satu ketika dahulu dipercayai bahawa ibu yang menyusukan bayi memerlukan diet yang berkhasiat dan berkalori tinggi berbanding dengan wanita yang tidak menyusu bayi. Maka disyorkan setiap wanita yang menyusukan bayi perlu mengambil 700-1000 kalori tambahan setiap hari. Hari ini pendapat itu tidak lagi diterima pakai. Seseorang ibu yang menyusu hanya perlu mengambil 200-500 kalori sahaja setiap hari. Buku Panduan Diet Malaysia menganggarkan 2,550 kalori sehari bagi ibu yang menyusu anak sudah mencukupi.
Selain dari tenaga, ibu yang menyusu juga memerlukan lebih protein, kalsium, asid folik dan vitamin terutama vitamin A, C dan B. Seseorang ibu yang menyusu bayi perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Pilihlah makanan dari bahan semula jadi dan dalam keadaan yang baik dan pastikan sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran diambil setiap hari. Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses atau makanan dalam tin. Adalah penting bagi ibu-ibu baru mempunyai snek yang berkhasiat dan boleh terus dimakan kerana mereka sering letih dan tidak berupaya untuk menyediakan sesuatu khusus buat mereka. Makanan yang baik untuk sajian harian adalah juga baik dimakan ketika menyusu bayi.
Untuk mendapatkan semua zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan, di bawah ini disenaraikan semua makanan yang perlu diambil setiap hari:
Jenis makanan
Sajian/sehari
Makanan untuk tenaga
1 saiz sajian: 1 cawan nasi/bihun/mi 2 keping roti, 6 keping biskut 2 biji kentang
6
Makanan protein
1 saiz sajian: 1 ketul ayam, 1ekor ikan kembung bersaiz sederhana, 2 keping tempe/tauhu 2 biji telur, 1 cawan kekacang kering/lentil
5
Susu dan hasil tenusu
1 saiz sajian: 1 gelas susu = cawan dadih 1 keping keju
2-3
Sayur-sayuran
1 saiz sajian: = cawan sayur yang dimasak
2-3 atau lebih
Buah-buahan
1 saiz sajian: 1 biji pisang/oren = biji buah jambu batu, 1 keping betik/nenas/tembikai
2-3 atau lebih
Cecair Air, jus
Sekurang-kurangnya 8 gelas
Bagaimana diet yang diambil mempengaruhi kualiti susu anda?
Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya sentiasa mencukupi, dan jarang dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun kalori dan pengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi. Jawatankuasa Taraf Pemakanan Semasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of Medicine, " tersangat kagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu menghasilkan susu yang mencukupi dari segi jumlah dan kualitinya untuk menyokong dan menggalakkan tumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun bekalan nutrien dan tenaga untuk ibu itu terhad." (1991)
Ini tidak bermakna kita tidak perlu menggalakkan ibu-ibu mengambil makanan mengikut selera mereka dan mendapatkan sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari. Pada dasarnya, seseorang ibu yang menyusu bayi perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Sebenarnya, kebanyakan ibu telah lama bersedia sejak mereka hamil lagi untuk menyusukan bayi. Kita perlu ingat bahawa seseorang ibu itu tidak perlu terlalu sempurna pemakanannya semata-mata untuk membolehkannya menyusu.
Adakah anda perlu pantang mengambil makanan tertentu?
Kebanyakan ibu tidak perlu mengubah makanan berkhasiat yang mereka ambil ketika menyusu. Makanan yang 'baik' dan 'tidak baik' ketika menyusukan bayi selalunya lebih berasaskan kepada sesuatu budaya daripada keperluan fisiologi itu sendiri. Contohnya, di kalangan kaum Red Indian bawang putih dikatakan sangat baik untuk penyusuan tetapi di kalangan ibu-ibu berbangsa Amerika menganggap bawang putih tidak baik dan akan mengelak dari mengambilnya ketika menyusu.
Sensitif terhadap makanan
Kadangkala bayi yang menyusui susu ibu bertindak balas terhadap sesetengah makanan yang dimakan oleh ibunya. Anda boleh perhatikan bahawa selepas mengambil makanan yang berempah atau makanan yang bergas, bayi anda akan menangis atau meragam. Oleh kerana bayi yang mengalami kolik atau sakit dalam perut juga menunjukkan gejala yang sama, cara yang terbaik untuk membezakannya ialah dengan memerhatikan berapa lama gejala itu berlanjutan. Jika ia disebabkan oleh makanan, gejala selalunya lebih singkat, berakhir dalam masa kurang dari 24 jam. Tetapi jika ia disebabkan oleh kolik ia akan berlaku setiap hari dan selalunya berlanjutan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu.
Jika bayi anda mendapat gejala tersebut setiap kali anda mengambil makanan tertentu, lebih baik sahaja anda berhenti mengambil makanan tersebut. Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidapi alahan, termasuklah asma dan penyakit kulit tertentu, anda perlulah elakkan dari mengambil hasil tenusu ataupun makanan lain yang menimbulkan alahan ketika anda menyusu bayi. Anda haruslah berbincang dengan petugas kesihatan jika ingin menukar diet anda, supaya mereka dapat memastikan semua keperluan nutrien anda diperolehi. Sesetengah bayi tersangat sensitif terhadap makanan tertentu di dalam diet ibunya. Anda tidak harus mengambil tindakan sewenang-wenangnya untuk menghadkan diet anda melainkan ada sebab-sebab tertentu yang mengganggu bayi anda. Jika bayi anda terlalu sensitif terhadap penyusuan yang anda berikan, ini mungkin disebabkan protein asing yang terdapat dalam susu ibu. Dalam kes ini, cuba elakkan dari makanan tertentu yang anda syaki bertanggung jawab terhadap masalah ini, sekurang-kurangnya selama seminggu (jangan lupa untuk membaca semua label makanan). Jika anda dapati tiada sebarang perubahan, anda boleh mengambil semula makanan itu. Cuba ambil makanan lain sekiranya ia merupakan penyebabnya. Mungkin berguna jika anda menyimpan rekod makanan yang anda ambil dan tindak balas bayi terhadap makanan ini. Ia akan membantu menyelesaikan masalah ini.
Hasil tenusu: Dalam beberapa kes kecil, ada ketikanya bayi mendapat alahan akibat susu lembu yang terdapat dalam diet anda. Gejala yang mungkin timbul untuk beberapa minit atau beberapa jam selepas menyusu ialah cirit-birit, ruam, meragam dan kembung.
Untuk mengetahui sama ada bayi anda mengalami alahan atau pun tidak terhadap hasilan ini, hentikan semua produk tenusu dalam diet anda untuk selama 2 minggu. Kemudian ambilnya semula satu persatu setiap hari ke dalam diet anda. Saksikan tindak balas bayi terhadapa bahan-bahan ini. Anda pasti mendapat jawapannya.
Makanan lain yang diambil yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahan
termasuklah telur, kacang tanah dan kekacang, gandum, soya, jagung, tomato, bawang, kubis, rempah, makanan laut, buah oren dan jusnya serta coklat.
Kopi: Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika anda menyusukan bayi. Kafein akan terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukan mudah untuk menyingkirkannya.. Jika meminum secawan kopi di waktu pagi tidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein boleh menimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurang menyusu. Anda bolehlah mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak dari mengambil minuman kola serta lain-lain minuman berkarbonat yang mengandungi kafein tambahan.
Alkohol: Elak dari mengambil alkohol semasa menyusu anak anda kerana ia boleh menyerap ke dalam susu ibu. Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, minumlah selepas anda menyusukan bayi.
Merokok: Jangan merokok semasa sedang menyusu bayi atau merokok berdekatan dengan anak-anak anda. Perokok pasif di kalangan kanak-kanak adalah merbahaya, terutamanya di kalangan bayi. Ia boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Pada dasarnya, ambillah makanan yang terbaik dan berkhasiat setiap hari ketika anda menyusukan bayi.
Ubat-ubatan
Kebanyakan ubat adalah selamat diambil semasa menyusu bayi, tetapi terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memudaratkan bayi. Untuk mendapatkan kepastian ini, beritahu doktor atau pakar pediatrik yang anda menyusu bayi dengan susu badan. Dapatkan pengesahan untuk semua jenis ubat termasuklah ubat yang dibeli sendiri. Anda boleh mengambil ubat anda sebaik sahaja selesai menyusukan bayi. Sesetengah pil perancang keluarga juga boleh mendatangkan kesan terhadap penghasilan susu, tetapi kesan yang dialami berbeza dari seorang wanita ke seorang yang lain. Ia juga bergantung kepada jenis pil yang diambil. Berbincanglah dengan doktor anda.
Teknik penyusuan susu ibu
Permulaan awal
Menyusu bayi perlu dimulakan secepat mungkin sejurus selepas bayi dilahirkan. Kajian telah menunjukkan bahawa dalam masa 2 jam selepas kelahiran, bayi berada dalam keadaan peka yang disertai dengan refleks hisapan yang kuat. Pada masa inilah bayi tidak sabar untuk berada dalam pelukan anda di samping menggesel dan menjilat puting anda. Dia mungkin ingin terus menyusu dan akan melekap pada payu dara anda untuk merasakan kenikmatan susu yang pertama (kolostrum).
Penyusuan awal ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ia membantu ke arah satu permulaan yang baik. Memulakan penyusuan lebih awal memanglah baik tetapi dalam keadaan tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan anda tidak boleh memaksa bayi anda untuk menghisap susu anda. Jika ini terjadi anda tidak perlu merasa kecewa. Terdapat ramai ibu yang lewat memulakan penyusuan susu badan tetapi akhirnya berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bayi mereka. Teruskan memberi bayi anda peluang untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baru ini.
Penyusuan pertama selepas kelahiran
Selepas sahaja bersalin, letakkan bayi anda ke dada atau di atas perut anda, bersentuhan kulit ke kulit. Bayi sebenarnya sangat peka terhadap persekitarannya selepas dilahirkan, dan mereka juga selalunya lapar. Penyusuan pertamanya boleh diberi dalam masa 30 minit hingga sejam selepas dilahirkan. Susu manusia yang awal memberi perlindungan yang baik terhadap sebarang jangkitan. Susu ibu dapat membekalkan zat-zat makanan atau nutrien kepada bayi untuk mencegah paras gula yang rendah di dalam darah. Rasa awal susu yang dihisap itu akan merangsang bayi untuk menyusu dengan lebih baik pada masa akan datang.
Jika anda bersalin dengan normal, anda boleh menyusukan bayi di katil atau di atas kerusi dengan cara seperti berikut:
- Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.
- Dukung bayi dengan kepalanya berada di atas lengan anda. Sokong dengan lembut belakang badan dan punggung bayi.
- Ketika menyusukan bayi dengan cara ini, pastikan keseluruhan tubuh bayi menghala ke badan anda dan bukan ke arah siling.
- Duduk dan letakkan satu atau dua biji bantal tambahan untuk menyokong bayi dan melindungi luka pembedahan anda.
- Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.
- Gunakan teknik kedudukan mengiring dan pastikan anda sentiasa dalam keadaan selesa.
Tinggal sebilik dengan bayi anda (Rooming-in)
Apabila bayi diletakkan bersama-sama anda dalam satu bilik selepas bersalin, ia memberikan banyak masa dan peluang untuk anda berlatih menyusukannya. Amalan tinggal bersama bayi ini telah terbukti boleh menyumbang kepada kejayaan sesuatu penyusuan. Jika anda menghadapi kesukaran, berjumpalah penasihat penyusuan atau jururawat. Semasa berada di hospital, anda perlu memaklumkan jururawat atau bidan supaya tidak memberi makanan lain (susu formula atau air) atau puting sedut kepada bayi anda. Susu formula dan air tidak perlu diberi. Ia boleh mengelirukan bayi kerana bayi sedang belajar menyusu susu ibunya.
Menyusu bayi lebih awal dan kerap
Bayi anda perlu disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam. Menyusu bayi lebih awal dan kerap dapat menbantu melembutkan payu dara dan memudahkannya untuk dipegang. Ia juga membantu mengurang atau mencegah payu dara dari membengkak. Awasi tanda-tanda bayi lapar seperti bunyi menghisap atau pergerakan bibir, pergerakan mata yang cepat ketika tidur dan perubahan riak wajahnya. Cuba ramalkan rasa lapar bayi anda melalui tanda-tanda ini. Menyusu berpandukan isyarat ini membantu menghasilkan lebih banyak susu. Lebih kerap bayi anda menetek lebih banyak susu akan dihasilkan.
Bagaimana saya perlu menjaga payu dara saya semasa menyusukan bayi?
Menjelang hari ketiga atau keempat penyusuan , susu anda akan bertukar dari kolostrum kepada susu yang kelihatan seperti susu skim. Payu dara akan bertukar dari lembut kepada pejal. Jika puting meleleh, gunakan pad atau sapu tangan yang bersih, masukkan ke dalam coli untuk menyerap susu yang meleleh. Pastikan ia ditukar selalu. Jangan menggunakan pad plastik kerana ia menghalang peredaran udara di sekeliling puting. Semasa menyusu, lapkan puting. Ini akan mengurangkan rasa gatal dan kerengsaan. Anda boleh perah sedikit kolostrum dan sapukannya ke puting atau gunakan susu atau lanolin untuk mengelaknya dari kekeringan.
Melekap
Menyentuh puting anda ke tengah bibir bayi akan merangsang bayi untuk membuka mulutnya dengan luas. Apabila keadaan ini berlaku, cepat-cepat tarik bayi terus ke puting dan areola anda. Ingat bahawa apabila bayi telah melekap pada payu dara anda, putting dan sebahagian besar kawasan areola sepatutnya berada di dalam mulutnya. Bibir dan gusi bayi seharusnya berada di sekeliling areola dan bukannya di atas puting. Ini menunjukkan betapa pentingnya bayi membuka mulut dengan luas. Anda boleh membantu bayi untuk melekap bibirnya ke payu dara anda. Letakkan jari penunjuk di bawah payu dara dan ibu jari di bahagian atas (di belakang areola). Pastikan kedudukan bayi anda betul-betul di paras payu dara anda. Pastikan juga jari anda jauh dari areola supaya ia tidak menghalang bayi melekapkan mulutnya ke payu dara. Kali pertama bayi menghisap anda akan terasa tarikan/sentakan pada payu dara. Jika anda terasa sakit, seperti dicubit kemungkinan bayi salah melekap. Masukkan jari anda di penjuru mulut bayi untuk membuka lekapan, betulkan kedudukan bayi dan cuba sekali lagi. Ia mungkin memerlukan beberapa percubaan. Jika puting anda tidak luka atau bermasalah, penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Jika sakit, pelekapan mulut bayi mungkin tidak betul dan anda perlu memperbetulkannya semula.
Kedudukan lekapan adalah sangat penting kerana ia:
- Memudahkan pengaliran susu
- Mengelak puting dari membengkak.
- Memuaskan kehendak bayi anda.
- Merangsang bekalan susu yang banyak.
- Menolong mencegah payu dara dari terlalu penuh (menjadi bengkak).
Untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran sehingga mencapai umur 4 bulan, bayi yang diberi susu ibu tidak sepatutnya diberikan makanan lain (air, air gula, susu formula dan sebagainya) melainkan atas sebab-sebab perubatan. Bayi yang disusukan secara berkala dan dengan berkesan akan mendapat segala bekalan zat-zat makanan atau nutrien dan air dari susu ibunya. Sesetengah pengkaji mendakwa jika botol dan puting sedut diberikan kepada bayi ia boleh menyebabkan bayi kekeliruan puting dan ini mengganggu proses penyusuan susu ibu.
Apakah yang dimaksudkan dengan proses pengaliran susu (let-down )?
Refleks pengaliran susu berlaku setiap kali anda menyusu bayi. Kali pertama anda menyusukan bayi, refleks ini akan mengambil masa beberapa minit. Selepas itu refleks ini akan berlaku lebih cepat, selalunya dalam masa beberapa saat sahaja. Tanda-tanda pengaliran susu adalah berbeza-beza dari seorang ibu ke ibu yang lain. Kadangkala, apabila bayi anda mula menghisap, anda mungkin akan terasa seperti tercucuk, berdenyut atau kesakitan dalam payu dara. Ataupun susu mula menitis dari payu dara yang sebelah lagi. Perasaan ini dan lelehan susu yang berlaku merupakan refleks pengaliran susu. Ini bermakna badan sedang memudahkan bayi untuk menghisap susu. Anda mungkin terasa kekejangan yang kuat dalam rahim ketika susu mengalir turun. Hormon oksitosin yang merangsang penghasilan susu akan menyebabkan otot-otot pada rahim mengecut. Proses penyusuan membantu mengembalikan rahim ke saiz asalnya. Kekejangan ini merupakan satu proses yang normal dan ia sebenarnya menandakan satu penyusuan yang berjaya. Kekejangan ini akan hilang dalam masa seminggu atau lebih.
Untuk membantu proses pengaliran susu berjalan lancar, ikuti petua-petua ini:
- Duduk di kerusi dengan selesa di samping menyokong tangan dan belakang anda dengan baik. Kebanyakan ibu mendapati kerusi berayun sangat sesuai.
- Pastikan kedudukan bayi selaras dengan payu dara anda. Kedudukan yang betul merupakan satu dari faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan sesuatu penyusuan itu.
- Mendengar muzik yang menenangkan fikiran dan meminum minuman yang berkhasiat menjadikan penyusuan sesuatu yang menyeronokkan.
- Jangan merokok, meminum alkohol atau mengambil dadah terlarang. Kesemua ini mengandungi bahan yang boleh mengganggu pengaliran susu dan mempengaruhi kandungan susu ibu. Ianya memudaratkan anda dan bayi.
- Pakai coli untuk penyusuan dan pakaian yang memudahkan penyusuan. Coli untuk menyusu boleh dibuka di bahagian depan untuk mendedahkan puting dan sebahagian dari payu dara anda.
- Jika keadaan di rumah terlalu sibuk, cari satu ruang atau tempat yang sunyi terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan supaya anda tidak diganggu. Kadangkala hanya dengan memikirkan bayi anda akan memulakan pengaliran susu.
Selalunya, di peringkat permulaan penyusuan sesetengah ibu mengalami pengaliran susu atau refleks pancutan susu (milk ejection reflex - MER) atau refleks pengaliran susu yang kuat. Oleh kerana kebanyakan ibu mengalami refleks ini semasa penyusuan, ia boleh menjadikan penyusuan sebagai sesuatu yang tidak selesa.
Refleks pengaliran susu yang kuat ini berlaku disebab oleh bekalan susu yang terlalu banyak. Jika bekalan yang banyak ini menimbulkan masalah penyusuan yang lain seperti bayi enggan menyusu, atau tersedak dan tercekik semasa menyusu, anda boleh berusaha mengurangkan bekalan susu selaras dengan keperluan bayi. Contohnya, seperti menyusukan bayi dengan sebelah payu dara sahaja bagi setiap kali penyusuan dan memerah susu dari payu dara yang sebelah lagi, akan dapat mengurangkan masalah ini.
Susui bayi lebih kerap. Apabila payu dara telah sarat dengan susu, ibu mungkin mengalami lebih banyak refleks pengaliran susu yang menyakitkan. Gunakan penuam panas dan lembap untuk meredakan kesakitan. Ini boleh dilakukan sebelum atau semasa penyusuan.
Seriawan kelenjar duktus boleh menjadi salah satu dari punca kesakitan yang mendalam pada payu dara. Walau bagaimanapun anda tidak boleh menentukan masalah ini secara sendirian. Jika langkah-langkah yang disebutkan di atas tidak melegakan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Adalah penting untuk mengetahui penyebab kesakitan pada payu dara ini dan ia perlu diatasi. Penyusuan seharusnya memberikan anda keselesaan.
Kedudukan Penyusuan
Langkah berikut ini menerangkan cara memegang bayi dengan betul supaya ia dapat menghisap susu dengan banyak dan mengelakkan puting dari kesakitan.
1. Betulkan kedudukan anda. Adalah lebih mudah jika anda dapat duduk untuk memulakan penyusuan. Duduklah di atas katil, kerusi menyandar yang selesa atau kerusi goyang. Gunakan bantal untuk mengampu belakang anda, di bawah siku dan di atas peha untuk menyokong bayi. Lapikkan dengan bantal atau kusyen yang lembut untuk meninggikan sedikit lutut anda. Anda perlu bertenang dan relaks tanpa menegangkan mana-mana otot.
2. Betulkan kedudukan bayi. Bayi seharusnya baring mengiring menghala ke badan anda. Kepalanya hendaklah diletak dalam pelukan anda manakala belakangnya diampu dengan lengan dan pegang punggung atau paha atasnya dengan tangan anda. Kepala, bahu dan pinggang hendaklah diluruskan. Bayi harus dipegang di paras payu dara untuk membolehkan anda membongkok sedikit dan tidak menyukarkan bayi untuk mencapai puting anda. Meletakkan bantal di atas riba anda akan mengurangkan masalah ini.
3. Hulurkan payu dara anda kepada bayi. Genggam payu dara anda dengan tangan dan diampu oleh jari-jari anda di bahagian bawahnya dan ibu jari di atas. Ibu jari dan jari telunjuk anda sepatutnya membentuk seperti huruf 'C'. Pastikan jari-jari anda jauh dari areola.
4. Galakkan bayi anda melekap dengan betul. Sentuhkan puting ke bibir bayi beberapa kali. Jika bayi berpaling ke arah lain, cuitkan pipinya yang dekat dengan anda perlahan-lahan. Bila ia memandang ke arah anda, sentuhkan bibirnya semula dengan puting sambil bercakap-cakap dan menggalakkan bayi membuka mulutnya. Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat ajukan puting ke tengah mulutnya dan rapatkan badannya ke badan anda. Adalah penting untuk anda menarik bayi rapat kepada anda dan bukan sebaliknya. Anda perlu melakukan percubaan ini beberapa kali sehinggalah reaksi bayi bersesuaian dengan tindakan anda untuk memastikan proses pelekapan ini berjalan lancar. Jika bayi gagal menyusu dengan betul, anda mungkin terpaksa berhenti dan memujuknya sebelum mencuba sekali lagi.
5. Teknik hisapan yang berkesan. Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan anda sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara anda. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara anda sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan anda.
6. Kesakitan puting. Jika bayi melekap dan menghisap dengan betul anda tidak sepatutnya terasa sakit. Jika bayi tidak menghisap dengan betul atau anda terasa sakit, penyusuan perlu dihentikan sekejap. Kemudian mulakannya semula. Masukkan jari anda ke dalam mulut bayi (di sisi yang menekan payu dara) untuk menghentikan hisapan atau menarik pipi bayi dengan lembut. Jangan biarkan bayi terus menghisap dengan cara yang salah kerana ini akan menyebabkan puting anda membengkak dan corak hisapan yang tidak betul ini menjadi sukar untuk diperbetulkan kemudian nanti. Jika puting masih terus membengkak dan sakit, kemungkinan ia disebabkan oleh hal-hal berikut:
o Jangan biarkan bayi menghisap puting anda, ini bukan cara yang betul. Pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas supaya puting dapat masuk ke dalam mulutnya. Apabila bayi mencengkam terlalu kuat ketika hendak mula menghisap, tekan rahang bawahnya dengan jari sambil menolak turun dagunya. Minta bayi anda membuka mulutnya dengan suara yang jelas dan tegas.
o Jika puting anda masih sakit, tarikkan bibir bawah bayi semasa ia masih menghisap dan periksa sama ada lidahnya terletak di antara bibir bawah dengan payu dara anda ataupun tidak. Jika tidak dapat melihat lidahnya, bayi mungkin sedang menghisapnya bersama-sama puting anda. Lepaskan bayi dari penyusuan dan mulakan prosedur ini semula. Pastikan mulut bayi dibuka dengan luas dan lidahnya berada di bawah puting ketika melekap.
7. Cara menghisap dengan berkesan. Kebanyakan bayi mengetahui cara menghisap dengan betul sejak mereka dilahirkan. Sesetengah dari mereka yang lain mengambil masa untuk belajar dan memerlukan panduan tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Ia memerlukan keselesaan dan kesabaran yang tinggi. Tetapi apabila bayi mula menghisap dengan penuh bertenaga, anda akan terasa puas apabila merenungnya. Ketika ini, otot-otot di mukanya akan bekerja lebih keras sehingga telinganya kelihatan bergerak-gerak. Anda dapat melihat kekuatan otot rahangnya dan dapat mendengar bunyi ia menelan. Apabila bayi telah kenyang, ia kembali tenang, dan hisapan diperlahankan, dan hanya menelan sedikit demi sedikit. Dia kelihatan sedang dilamun kenikmatan berada dalam pangkuan ibunya.
Isu-isu penyusuan yang lain
Masa
Biarkan bayi anda menghabiskan hisapan dari sebelah payu dara dahulu sebelum menukarkan kepada payu dara sebelah lagi. Ini memberinya peluang untuk menikmati susu akhir yang penting untuk tumbesaran. Biarkan penyusuan itu berakhir apabila bayi melepaskan payu dara anda dengan tenang dan puas. Pastikan anda menyusukan bayi sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam masa 24 jam. Susu ibu mudah dihadam dan bukanlah mustahil jika bayi anda terasa lapar semula dalam masa satu atau satu setengah jam kemudian.
Berapa banyakkah yang dikatakan cukup?
Kebanyakan ibu merasa risau sama ada bayinya telah menyusu dengan cukup ataupun tidak. Terdapat beberapa cara untuk mengetahuinya. Salah satu daripadanya ialah jumlah lampin yang basah dalam sehari.
Pastikan ia telah membasahi sekurang-kurangnya 6 lampin sehari dengan air kencingnya berwarna kuning pucat, bermula sekitar hari ke 3 atau ke 4 selepas kelahiran. Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari (mungkin sekali selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu yang pertama). Pada minggu pertama selepas kelahiran, bayi anda sekurang-kurangnya membuang air besar sebanyak 2 kali sehari. Kemudian meningkat kepada sekurang-kurangnya 5 kali sehari apabila berusia 1- 4 minggu. Semakin meningkat usia bayi semakin kurang ia membuang air besar dan kadangkala tidak membuang langsung untuk beberapa hari. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu kurang berbau berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula.
Pola atau corak penyusuan bayi juga sangat penting sebagi tanda ia menetek dengan secukupnya. Bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 11/2 hingga 3 jam dalam masa 24 jam. Jika bayi tidur dengan nyenyak untuk selama lebih 4 jam dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran, kejutkannya untuk disusui. Adalah penting bayi melekap dengan betul semasa menyusu (Lihat Melekap). Dengarkan bunyi tegukan untuk mengetahui yang bayi anda menelan susu dan bukan hanya menghisap. Juga perhatikan gerakan rahang yang perlahan dan mantap semasa menghisap susu.
Bayi anda sepatutnya memperolehi berat badan yang stabil selepas minggu pertama kelahiran. Pada minggu pertama, sesetengah bayi kehilangan berat badan beberapa auns tetapi memperolehinya semula di akhir minggu kedua. Doktor atau jururawat akan mengambil ukuran berat badan bayi anda setiap kali lawatan. Ingat bahawa bayi anda mungkin lebih kerap menyusu semasa pertumbuhannya memuncak.
Tanda-tanda bayi mendapat susu yang mencukupi:
- Sekurang-kurangnya 6 lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan 2- 5 kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
- Pastikan najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.
- Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
- Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.
- Tidurnya nyenyak, bayi kelihatan cergas ketika bangun tidur.
Kebanyakan bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air, vitamin, atau ferum selama 6 bulan yang pertama. Susu ibu menyediakan semua cecair dan zat-zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk terus sihat. Apabila umur bayi mencapai 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan makanan yang kaya dengan ferum.
The American Academy of Pediatrics dan The American Academy of Pediatric Dentistry telah mengesyorkan, bayi yang menyusu susu ibu (mahupun bayi yang menyusu dengan susu botol) tidak perlu diberi florida tambahan untuk 6 bulan pertamanya. Selepas berumur 6 bulan, berjumpalah pakar pediatrik untuk mengetahui sama ada anda perlu memberinya florida tambahan. Jika bayi anda tidak boleh atau enggan menyusu atau anda menghadapi masalah menyusukan bayi, adalah penting berjumpa doktor atau pakar pediatrik secepat mungkin. Keengganan menyusu mungkin disebabkan penyakit yang memerlukan perhatian segera.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyusukan bayi?
Sesetengah bayi hanya menyusu selama 10 minit dari setiap payu dara, manakala yang lainnya lebih lama. Sesetengah bayi masih menghisap walaupun mereka kelihatan seperti tertidur. Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.
Menyusu dengan kedua-dua payu dara
Apabila anda menyusu, selang-selikan antara kedua-dua payu dara anda (anda boleh meletakkan tanda pada coli untuk mengingatkan sebelah mana yang telah dihisap sebelum ini). Sememangnya anda ingin kedua-dua payu dara dihisap sama rata, tetapi sesetengah bayi mungkin hanya lebih suka kepada satu payu dara sahaja dan menetek lebih lama di sebelah itu. Jika ini terjadi, payu dara anda akan menyesuaikan keadaan mengikut keperluan bayi. Ingat bahawa bayi andalah yang mengawal berapa banyak susu yang perlu dihasilkan. Oleh yang demikian, adalah penting anda menyusukan bayi dengan kedua-dua belah payu dara supaya kedua-duanya mendapat rangsangan yang cukup untuk menghasilkan susu. Lama-kelamaan anda akan mengetahui pola penyusuan bayi anda yang sebenar. Setiap bayi mempunyai caranya yang tersendiri. Sesetengahnya cepat dan sesetengahnya lambat. Memahami corak atau pola pengambilan susunya akan memudahkan anda menentukan sama ada bayi anda lapar, kenyang, kekerapannya menyusu dan berapa lama masa yang diperlukan untuk setiap penyusuan.
Muntah susu, tersedu dan lain-lain reaksi
Muntah susu atau jeluak merupakan tindak balas biasa yang terjadi di kalangan bayi semasa atau selepas menyusu. Sesetengahnya lebih mudah muntah berbanding dengan yang lain. Anda tidak perlu risau apabila bayi anda muntah. Tidak seperti bayi yang meminum susu formula, muntah yang dikeluarkan oleh bayi yang menyusu dengan susu ibu tidak begitu berbau dan tidak melekat pada kain atau linen. Jika bayi anda selalu muntah susu, lakukan perkara berikut:
- Cuba menyusu dalam keadaan yang tenteram, tenang dan menyeronokkan.
- Elakkan dari sebarang gangguan, bunyi bising, cahaya yang terlalu terang dan gangguan-gangguan lain.
- Sendawakan bayi sekurang-kurangnya 2 kali semasa menyusu.
- Pegang bayi anda tinggi sedikit semasa menyusu.
- Pegang dan tegakkan selepas menyusu.
- Jangan menggomol atau bermain dengan lasak bersama bayi selepas sahaja menyusukannya.
Hubungan penyusuan dan penyesuaian selepas bersalin
Peringkat awal selepas bersalin atau postpartum merupakan saat berlakunya perubahan besar. Anda mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk merasa selesa menjaga dan menyusukan bayi anda sendiri. Mengurangkan aktiviti-aktiviti luar di sepanjang tempoh yang mencabar ini membolehkan anda mendapat rehat yang diperlukan. Anda dan bayi akan dapat menjalinkan hubungan penyusuan yang mesra. Berbekalkan persediaan, maklumat serta sokongan yang baik, kebanyakan ibu yang menyusukan bayi akan dapat menghadapi saat-saat selepas bersalin dengan baik. Jika tidak, dapatkan bantuan dari jururawat atau badan-badan sokongan sosial yang ada di tempat anda.
Bekalan susu yang terlalu banyak
Sesetengah ibu menghasilkan susu terlalu banyak dan berlebihan. Bekalan yang berlebihan boleh menimbulkan banyak masalah sampingan ketika menyusu. Bayi mungkin agak cerewet semasa menyusu, melepaskan hisapan terutama semasa susu memancut keluar. Kadangkala mereka tersedak dan tercekik ketika menyusu. Mereka kelihatan lapar setiap masa. Sebenarnya sesetengah ibu yang banyak susunya masih menyangka mereka tidak mempunyai susu yang mencukupi! Bayi mereka kelihatan seperti tidak gemar menyusu. Mereka akan melepaskan hisapan dan menangis sebaik sahaja mula disusui. Ibu pula akan merasa tersinggung. Bayi akan menyusu sekejap sahaja, mudah kembung dan muntah. Lazimnya bayi-bayi ini adalah sihat, berat badan meningkat dengan baik, purata 4-8 auns seminggu. Najis mereka mungkin cair dan berwarna hijau. Ibu yang berlebihan susu selalunya mengalami lelehan susu yang banyak di antara masa penyusuan. Saluran susunya mudah tersumbat dan terdedah kepada jangkitan kuman.
Antara perkara yang disyorkan bagi ibu yang mempunyai susu berlebihan ialah menyusukan bayi dengan sebelah payu dara untuk jangkamasa 3 - 4 jam. Dalam tempoh itu jika bayi anda ingin menyusu beberapa kali berikan payu dara yang sama. Selepas 3 - 4 jam, tukar ke payu dara sebelah lagi dan terus mengulangi corak ini. Untuk dua hari yang pertama, anda perlu memerah sedikit susu dari payu dara yang tidak dihisap dalam sela masa berkenaan supaya merasa lebih selesa. Dengan cara demikian ia membolehkan bayi mendapat susu akhir yang kaya dengan zat serta dapat memberi kepuasan yang lebih lama. Ia juga boleh mengurangkan kembung dan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi.
Mengekalkan kedudukan yang betul sepanjang penyusuan adalah mustahak. Ibu yang memiliki bekalan susu berlebihan kerap mengalami kecederaan puting disebabkan bayi melongsor turun setelah lama menyusu. Ini adalah salah satu cara bayi mengendalikan segala susu yang diterimanya. Susu akan dibiarkan sahaja mengalir keluar dari mulutnya. Jika bayi anda melongsor, perlahan-lahan leraikan hisapannya dengan memasukkan jari di antara gusinya. Kemudian biarkan bayi melekapkan semula keseluruhan mulutnya ke tisu payu dara anda.
Jika bayi anda muntah dan tercekik semasa menyusu, cuba bersandar untuk menyusukannya. Anda boleh lepaskan bayi dari payu dara anda ketika susu memancut keluar, ini boleh berlaku beberapa kali setiap kali penyusuan. Tadah susu di dalam lampin atau di dalam cawan. Tenteramkan bayi sebelum membawanya semula ke payu dara anda.
Adalah penting bagi anda memantau jumlah air kencing bayi apabila membuat perubahan corak penyusuan. (Sila lihat Tanda-Tanda bayi mendapat susu yang mencukupi).
=========================================================
2)
Susu Ibu
Oleh Masmarissa Ciut
Susu ibu ialah cecair yg dihasilkan secara semula jadi dan psikologi untuk bayi manusia.Saintis terus menemui kelebihan kelebihan terbaru yg ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi...
Didapati ada dua lapisan lemak (hindmilk) dan cair (foremilk).Kandungan susuibu adalah 88% air,jadi tidak hairanlah mengapa palisan yg cair itu lbh byk dr yg pekat. Ini juga merupakan sbb utama mengapa bayi yg berumur kurang daripada 6bulan tidak perlu diberikan sebarang air tambahan.
- susu ibu untuk bayi pra-matang menandungi kandungan protein yg tinggi
- susu ibu bg bayi usia lapan bulan pula mpunyai kalori yg tinggi berbanding bayi berusia sebulan
- susuibu berubah mengikut cuaca..dlm cuaca panas susu ibu mengandungi lebih byk cecair.dlm cuaca sejuk ia mengandungi lebih byk lemak
- susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kpd jenis pemakanan ibu.Ini memberi peluang kpd bayi utk mencuba pelbagai jenis rasa sepanjang tempoh penyusuan
sekadar renungan.....
Susu ibu menyelamatkan nyawa
Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.
Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.
Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.
Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.
Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.
Susu ibu menguntungkan wanita
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124
==========================================================
20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan
Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008
- Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran
- Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara
- Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,bykkan minom air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
- Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
- Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
- Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimkan oleh ibunya.Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh
- Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi
- Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
- Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
- Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
- Bayi yg minom susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit krn susu ibu mengandungi antibody yg berupaya melawan penyakit
- Vitamin A,B komples,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
- Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
- Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
- Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
- Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
- 80 peratus sel dlm susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
- Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak
- Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
- Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
@ Masthura Isa
=========================================================
SusuIbu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes..
Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara usia 9-12bulan.
Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami pertambahana berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini. Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..
Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.
Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan susuibu dpt dikekalkan.
Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar
Nurul Fatien
===================================================
Kolostrum
By Masmarissa Ciut and Norfazilah Saari
Allah swt Maha Kaya dan Maha Pencipta.DIA telah mencipta kolostrum (susu awal ibu) dgn hikmahnya yg tersendiri.Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yg baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal(BCG,DPT,Vaksin,Polio dan lain-lain).Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat didalam susuibu ciptaan Allah...
Kolostrum berwarna kekuningan dan pekat adalah cecair yg dihasilkan pada hari pertama sehingga hari ke 10.Ia kaya dgn protein dan antibodi. Walaupun kuantitinya amat sedikit berbanding susu sebenar,ia tetap mencukupi utk keperluan bayi pada hari pertama.
Anak yang minum susuibu berisiko rendah mendapat jangkitan telinga,sakit alahan,obesiti,dan sindrom kematian bayi (SIDS), selain kurang masalah pergigian,cirit-birit dan mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi.
#avg_ls_inline_popup{position: absolute;z-index: 9999;padding: 0px 0px;margin-left: 0px;margin-top: 0px;overflow: hidden;word-wrap: break-word;color: black;font-size: 10px;text-align: left;line-height: 130%;}
===========================================================
Adakah saya mempunyai susu yang cukup
By Tini Nisha Wirdas and Siti Suraida Mazlan · Suntingan terakhir sekitar 6 bulan lalu · Edit Doc · Padam
http://susu-terbaik.blogspot.com
Kebanyakan wanita yang pertama kali melahirkan anak pasti akan berasa bimbang sama ada bayi akan mendapat susu yang cukup. Lebih-lebih lagi wanita yang mempunyai saiz buah dada yang kecil. Jangan panik kerana saiz buah dada tidak mempengaruhi banyak atau sedikit susu yang dihasilkan.
Ramai wanita yang pertama kali melahirkan anak akan merasakan yang bayi mereka tidak mendapat susu yang cukup. Ini berdasarkan mereka tidak berasa bengkak pada buah dada yang menandakan badan mereka telah menghasilkan susu pada hari pertama kelahiran. Pastikan anda tidak memberikan bayi anda susu Formula sama sekali, kerana walau pun buah dada tidak bengkak, badan akan menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum pada hari-hari pertama anda melahirkan bayi.
Susu ini berwarna sedikit kekuningan dan dihasilkan pada jumlah yang sedikit. Ia mengandungi khasiat yang sangat tinggi serta mempunyai antibodi yang boleh membantu bayi melawan penyakit. Walau pun ia dihasilkan pada jumlah yang sedikit, ia mencukupi keperluan bayi kerana pada ketika ini perut bayi adalah sangat kecil.
Apabila bayi sering menangis, ramai ibu bapa yang bimbang bayi mereka tidak mendapat keperluan susu yang cukup. Bagaimana pun kelaparan hanyalah salah satu dari banyak punca mereka menangis. Selain dari lapar, bayi juga akan menangis sekiranya lampin mereka basah, kembung perut dan juga keperluan kasih sayang.
Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakan masalah ini dapat diperbetulkan.
Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.
Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.
Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu ibu-ibu memastikan keperluan susu bayi adalah mencukupi :
* Susu anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.
Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.
* Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu
* Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.
* Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak berasa sedemikian sehingga beberapa minggu.
* Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.
Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.
Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencing itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.
* Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan. Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.
* Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan 5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira pertambahan berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika dikenalpasti dan dirawat awal.
(Sebagian petikan adalah dipetik dari :http://www.mybengkung.com)
======== ================================================
SusuIbu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes..
By Masmarissa Ciut and Umi Nur Aleesya Miasara
Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara usia 9-12bulan.
Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami pertambahana berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini. Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..
Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.
Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan susuibu dpt dikekalkan.
Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar
==========================================================
10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...
By Shamsila Shamsuddin, Umi Nur Aleesya Miasara and Masmarissa Ciut
Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-
1) KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP
- Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
2) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
- Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.
3) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
- Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
4) BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
- Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
5) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
- Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.
6) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
- Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
7) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
- Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
8) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
- Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.
9) JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
- Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
10) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
- Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu
=========================================================
If Breast Could Talk...
By Iffah Anuar and Siti Suraida Mazlan · Suntingan terakhir sekitar 6 bulan lalu · Edit Doc · Padam
Salam ibu-ibu KIM, lama rasanya x share info-info on BF di KIM. A short one, a few facts on breastfeeding.. Enjoy reading yaa~
Did You Know?
- A breastfeed lasts an average of 16 minutes.
- Almost three-quarters of moms produce more milk with their right breast(no correlation to being right -or left-handed).
- Babies will take more milk from the first breast offered.
- The average time it takes for a mom's milk to let-down, or start flowing, during a breastfeed is 56 seconds(but this can vary widely - so don't get stressed if you take longer)
- About a third of moms can't sense let-down. Your baby knowss... watch them change their sucking pattern.
- Babies breastfeed until they're full, not until they "empty" your breast. On average, babies remove 67% of the milk you have available - this amount can vary widely among moms.
- Whether breastfeeding or pumping, the amount of milk removed and its fat content are similar.
- Your milk sprays out of many holes, not just one.
- Babies instinctively know how to get your milk quickly and effeciently: they start breastfeeding with faster suck for stimulation until you let-down. Then when your milk is flowing, they switch to a slower, deeper suck and eat until they're full.
- It's common for babies to have resting periods during breastfeeding - sometimes they "take breaks" in between sucks.
- Your baby controls your breastmilk flow with an instinctive action that includes sucking, swallowing and breathing - your milk flows during actual sucking part, when your baby moves his/her tongue a certain way.
- 90% of breastfeeding moms use a breastpump.
- No matter your size, you'll make enough milk for your baby - A cups, rejoice!
- Breastfeeding mothers tend to lose more weight than mothers who do not breastfeed.
- When your child is grown, you'll fondly remember the warm, unique bond you shared while breastfeeding - guaranteed
"All in all, a new mom's body is pretty amazing. You build this little life inside you, developing it from a tiny bunch of cells into a fully formed baby. Then you give birth to that fully formed baby(and it's worth it!)
Then, that amazing body of yours knows just how to make the perfect food - breastmilk - for nurturing the new love in your life"
Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u
==========================================================
Memahami konsep penyusuan dalam konteks yang lebih mudah
Oleh Norita Mohd Idris · Suntingan terakhir sekitar 5 bulan lalu · Edit Doc · Padam
Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.
Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.
Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.
Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.
Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.
Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan,maka lebih banyak susu dihasilkan.
Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.
Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.
Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.
Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.
Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .
Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.
sumber asal :www.anakkuwiraku.com
===========================================================
Susu Ibu Sebatian Ajaib
By Norzunur'Ain Mohamed Moklas in Kump. Ibu2 Menyusukan · Edit Doc · Delete
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.
Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.
Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.
Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.
Artikel dipetik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/sains-a-islam/3932-susu-ibu-sebatian-ajaib.html.
===========================================================
Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
By Ayumi Yahya in Kump. Ibu2 Menyusukan · Edit Doc · Delete
Sumber dipetik daripada http://www.mypositiveparenting.org/bm/cn_breastfeeding.html
Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.
Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.
Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.
Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.
Susu Ibu adalah yang Terbaik!
Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:
Bagaimana Otak Berfungsi
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.
- Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
- Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
- Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.
- Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
- Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
- Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar. “Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting: Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak Sumber Hasil Penyelidikan Rodgers, 1978 Kanak-kanak yang diberi susu ibu lebih pintar, lebih pandai membaca dan mengira, dan lebih bijak bercakap. Horwood & Fergusson, 1998 IQ lebih tinggi, prestasi lebih tinggi dalam ujian biasa, diberi permarkahan tinggi oleh guru, pencapaian lebih tinggi di sekolah. Mortensen et al., 2002 Purata markah IQ sebanyak 104 jika menyusu ibu melebihi 9 bulan berbanding IQ 99.4 bagi bayi yang menyusu ibu kurang daripada 1 bulan. Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya. Untuk mendapatkan maklumat dan petua penyusuan ibu yang berkesan, sila ke www.mypositiveparenting.org.
perkongsian yang sangat menarik.
ReplyDeletePerkongsian yang amat bagus,sbg suami saya juga inginkan zuriat saya mendapat penyusuan yg sempurna..terima kasih
ReplyDeleteMencari pinjaman akses mudah dari perusahaan yang sah pinjaman, Persetujuan Instan, Tidak ada jaminan, Low tingkat, pastikan Anda mengunjungi Racheal Hernandez Perusahaan Pinjaman karena perusahaan pinjaman yang tepat, kami menyediakan semua jenis pinjaman sebesar 2%. Jika Anda tertarik, Anda dapat menghubungi kami melalui email di: rachealhernandezloanfirm@gmail.com
ReplyDeleteDengan Tulus,
Mrs. Racheal
Waaaa... sangat detail. Terima kasih di atas perkongsian. Senang-senang marilah lawati www.kindhearty.blogspot.com
ReplyDeletebanyak ilmu penyusuan saya dapat dari sini..terima kasih
ReplyDeletejemput ke blog saya http://sitisyaheera.blogspot.com
ReplyDeleteHello, Permohonan Pinjaman
ReplyDeleteAdakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
Tawaran kami sebanyak $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut
{Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
NOMBOR TELEFON: =========== =============
Nama Puan Glory
Hubungi kami di Alamat e-mel: gloryloanfirm@gmail.com, Salam
Akaun yang lebih baik bagi syarikat-syarikat yang sah.
Balas
Brp lamakh tmpoh utk susukn anak? Dan apakah ksannya klau susukn anak smpai dia brumur 4, 5 thn?
ReplyDeleteterima kasih sangat bermanfaat
ReplyDeleteSist.. adakah dengan penyusuan susu badan sepenuhnya kebarangkalian anak mengalami sembelit bleh terjadi?
ReplyDeleteThanks dear byk maklumat bermanfaat. Masalah menyusu ni mmg para ibu kena ambek tawu. Sy pun mmg sebelum ni tak ambek tahu langsung. Bila dah memasuki alam kerja lagi lagi mmg lah byk lah cabarannya nak menyusukan anak. Alhamdulillah sy jumpa Pump It Milkbooster. Mmg bantu sgt dlm penyusuan.sapuu jerr di breast, in shaa Allah susu bertambah. Penah sesiapa cuba?
ReplyDeleteInfo yang sangat bermanfaat.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya nak bertanya. Saya masih kasi anak saya full breastfeed. Umur dia dah setahun 5bulan. Dan sekarang saya baru mengandung anak kedua.
ReplyDeleteMasalah saya breast saya sebelah kecik dan sebelah besar. Kalau saya hentikan anak saya dari bf, boleh ke breast saya kembali pada asal ? Dan kedua2 breast saya akan keluar susu mcm biasa untuk anak kedua saya ?
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring