Tuesday, 13 December 2011

MASALAH YANG KERAP BERLAKU DALAM PENYUSUAN

Masalah Penyusuan Susu ibu
  1. Puting leper atau tenggelam 
    • Bayi masih boleh menyusu walaupun puting leper kerana bayi perlu merangkum areola untuk mendapatkan susu
    • Penyelesaian -perlu yakin tentang kebolehan menyusu
      •  
        • Gunakan picagari/pam/supple cups untuk tarik piuting keluar 
        • Potong hujung picagari sebelah masuk ubat. 
        • Kemudian ambil penekan di bahagian belakang, masukkan penekan tadi dibahagian yang telah dipotong. 
        • Ibu boleh menarik penekan picagari perlahan-lahan secar berterusan tetapi dengan tekanan lembut
  2. Bengkak payudara
    • Berlaku kerana samada bayi tidak menyusu dengan kerap, diberi susu formula atau bayi menghisap dari puting sahaja
    • Penyelesaian 
      • tuam payudara dengan tuala panas
      • perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkannya
      • pastikan bayi menghisap dari aerola
      • susuilah bayi anda kerap
  3. Puting luka
    • Berlaku kerana bayi menghisap dari puting payudara
    • Penyelesaian 
      • pastikan bayi menghisap dari aerola
      • beri bayi hisap dari payudara yang tidak sakit dahulu
      • bila susu mengalir baik, beralihlah ke payudara yang sakit
      • selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke  penjuru mulut bayi
      • alihkan bayi dari puting anda perlahan-lahan
      • sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda
      • elakkan penggunaan sabun atau losyen pada puting
Pemakanan Untuk Ibu
  • perlu ambil makanan seimbang untuk pastikan badan anda mendapat bekalan kalori, protein, vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan diri dan bayi anda
  • amalkan pemakanan yang seimbang berasakan piramid pemakanan
    • banyak sekali ambil dalam bentuk bijirin, 
    • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
    • makan sederhana nasi
    • makan sedikit 
  • anda digalakan minum 6 ke 8 gelas air sehari. Anda juga boleh menambah  pengambilan air dari sup dan buah-buahan
Memerah susu
Tujuan memerah susu ibu
  • membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya
  • meningkatkan penghasilan susu
  • membekalkan susu kepada bayi yang sakit atau bayi pramtang yang belum bersedia menghisap susu ibu
  • melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat 
  • mengekalkan dan meneruskan penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja
Teknik memerah
  • dengan tangan
  • dengan pam tangan
  • dengan pam mesin 

perah setiap payudara 5 ke 10 minit secara bergilir

Penyimpanan susu perahan
  • suhu bilik - 4 ke 8 jam
  • peti sejuk - 48 ke 72 jam
  • pembeku (2 pintu) - 3 bulan
Cara memberi susu perahan
  • susu dari tempat pembeku - letakkan susu beku di rak bawah peti sejuk semalaman
  • rendam bekas berisi susu di dalam bekas yang mengandungi air suam.
  • jangan panaskan dalam ketuhor gelombang mikro atau dia atas api
  • berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untukelak keliru puting
Penyusuan susu ibu bekerja
  • semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya
  • 2 minggu sebelum bekerja, berlatihlah dengan jadual berikut


Masa                     Hari 1-3                 Hari 4-6                 Hari 7-9                     Hari 10-13
Sarapan                Perahansusu ibu   Perahan susu ibu   Perahan susu ibu      Perahan susu ibu
Minum pagi           Susu Ibu                Perahan susu ibu   Perahan susu ibu      Perahan susu ibu
Makan tengahari  Susu Ibu                Susu Ibu                Perahan susu ibu      Perahan susu ibu
Minum petang      Susu Ibu                Susu Ibu                 Susu Ibu                   Perahan susu ibu


Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

petikan dari:http://www.mybengkung.com/masalahsusuibu.html
====================================================
2)
Atasi Masalah Bengkak Susu
Bercerita tentang laktasi pasti kita tidak dapat mengelak daripada berbicara tentang payu dara. Menyusukan bayi dengan susu ibu memang satu pengalaman yang indah. Tetapi ada kalanya ia merupakan dilema dan pengalaman buruk bagi ibu. Terutamanya bila berhadapan dengan masalah bengkak susu.

Payudara bengkak adalah perkara semulajadi kerana banyak susu dihasilkan pada minggu pertama kelahiran. Bagaimanapun pembekalan (engogement) boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat.

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis.

Untuk membolehkan bayi menyusu dengan selesa, kedudukannya perlu betul dan puting payudara menonjol bagi membolehkan bayi menghisap dengan betul supaya bayi dapat menghisap dengan betul dan mudah.

Bagaimanapun, semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar. Percubaan untuk menghisap payudara yang sedang bengkak adalah ibarat menghisap seketul batu. Pembengkakan sebenarnya ada 2 tahap iaitu biasa / normal dan luar biasa.

Pembengkakan biasa tidak mengganggu proses penyusuan kerana tisu-tisu payudara masih mudah ditekan oleh mulut bayi. Umumnya masalah ini akan berlaku pada hari kedua iaitu sama anak tidak dapat menghisap dengan sempurna atau saluran tersumbat. Pembengkakan akan menimbulkan rasa sakit dan payudara menjadi merah hingga menyebabkan susu badan ibu meningkat.

Mengatasi Masalah Pembengkakan

Perkara yang paling utama ialah kedudukan dan pelekapan bayi perlu diperiksa dan diteliti. Kadang kala oleh sebab kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya yang akan menyebabkan pengumpulan susu. Bagaimanapun ia akan berulang selepas 12 hingga 48 jam.

Ketika pembengkakan bayi sukar melekap secara optimum. Sebaiknya ibu perlu mengeluarkan susu untuk melembutkan aerola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak yang mungkin atau selang selikan dengan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan.

Penggunaan bahan haba sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik. Mandi dengan air suam atau balutan tuala suam dan berhaba. Urutan lembut pada payudara turut membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.

Ubat paracetamol sehingga 1000ml, contohnya 2 biji paracetamol 500ml sebiji dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Bungkusan ais ketul dan daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit. Selain bungkusan ais ketul, beg sayuran beku atau lampin pakai buang yang dilembapkan dan dibekukan selama 20 minit turut berkesan. Rawatan bahan-bahan sejuk ini boleh dilakukan selama 15 hingga 20 minit selepas anda menyusukan bayi.

Masitis (Tanda-Tanda)
  • Tanda merah pada payudara biasa dalam bentuk tiga segi.
  • Payudara rasa bengkak
  • Simptom selesema seperti demam, sakit, tegang, letih dan mudah terasa emosional.
Anda boleh lakukan pelbagai cara di atas untuk meredakannya. Tetapi jika dalam tempoh 12 hingga 24 jam simptom-simptom tadi masih ada, anda patut bertemu doktor. Doktor mungkin akan memberikan anda antibiotik yang selamat untuk ibu yang menyusukan bayi.

Apa yang ada boleh lakukan untuk membantu?
  • Teruskan menyusu
  • Susukan bayi sekerap mungkin
  • Susukan pada bahagian yang bengkak terlebih dahulu.
  • Bertenang jika ada simptom selesema
  • Rangsang aliran susu dengan bersenam, mengayun tangan, mengelap tingkap atau menggosok lantai (gerakan tangan membantu aliran susu anda).
Jika mastitis anda berulang, minta doktor periksa tekak bayi anda. Mungkin dia telah mengalami infeksi yang akan berterusan menjangkiti payudara anda.

Info (Menyusu Bayi Pramatang)

Jika anda melahirkan bayi pramatang, menyusukannya mungkin agak sukar berbanding bayi normal. Sewaktu di hospital, jururawat akan membantu anda untuk menyusukannya. Dia mungkin akan minum melalui tiub, sudu dan sebagainya. Setelah dia dibenarkan pulang, anda sudah boleh menyusukannya seperti biasa.

Rangsanglah pengaliran susu anda dengan menggunakan pam atau perahan tangan. Ini untuk memastikan yang susu anda tidak kering atau payudara anda bengkak. Doktor mungkin akan mencadangkan anda susu formula (khas untuk bayi pramatang) jika anda tidak bersedia menyusukannya.

http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/08/atasi-masalah-bengkak-susu.html
===========================================================
3)
Masalah Penyusuan

Banyak halangan yang mungkin perlu anda tempuh sepanjang usaha menyusukan bayi. Sebagai persediaan awal, ketahui panduan berkaitan jika anda ditimpa masalah penyusuan.

Bengkak Susu

Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusukan bayi. Antara simptom bengkak susu iaitu payudara nampak berkilat, sakit, tegang, keras dan rasa agak panas bila dipegang. Keadaan puting agak leper, bengkak dan merekah. Selain itu bayi anda akan sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar. Punca berlaku pembengkakan susu ialah ibu jarang menyusukan bayi, menghadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat, tidak menyusukan pada waktu malam. hisapan kurang efektif atau ibu mula memberi anak minuman lain pada awal kelahirannya. Cara mengatasi masalah ini:
  • Betulkan posisi semasa mendakap bayi untuk disusukan.
  • Susukan bayi dengan kerap tanpa had siang dan malam.
  • Perah susu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam.
  • Kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
  • Tuam dan urut perlahan-lahan payudara sebelum menyusukan.
  • Mula menyusukan bayi sebaik sahaja payudara keras dan penuh.
  • Minta bantuan sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi.
Saluran Susu Tersumbat

Masalah ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Mungkin payudara anda kelihatan biasa tetapi bila disentuh ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit. Selain itu, payudara kelihatan agak kemerahan. Bila menghadapi situasi tersebut anda perlu:
  • Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif.
  • Urut perlahan-lahan di sekeliling payudara hingga puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
  • Sokong payudara dengan telapak tangan.
  • Elak tidur meniarap dan memakai baju dalam yang ketat.
Mastitis

Masalah ini perlu diberi perhatian! Antara simptom yang dialami termasuk demam selesema, payudara akan berasa hangat, merah dan bengkak serta sakit. Puncanya sama seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Cara mengatasi masalah ini:
  • Periksa payudara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan dakapan.
  • Kerap menyusu. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2 1/2 jam.
  • Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa jangkitan.
  • Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.
Jika simptom semakin jelas dan berlaku rekahan, kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna, rawat dengan antibiotik. Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari.


Tidak Cukup Susu

Tidak cukup susu menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan bayi. Anggapan pengaliran susu tidak mencukupi untuk bayi adalah salah. Antara punca susu tidak cukup ialah dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang. Antara lain, masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir, jarang menyusu kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam, tidak menyusu di waktu malam dan banyak lagi. Jika terasa susu kurang, ibu boleh menambahnya dengan:
  • Perbetulkan posisi semasa menyusu.
  • Lebih kerap menyusu sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Tidur berdekatan bayi dan susukan dia di awal pagi ketika tahap prolaktin tinggi.
  • Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan.
  • Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi.
Puting Bengkak Dan Sakit

Jika payudara atau puting mengalami rasa sakit atau tidak selesa, pengurusan penyusuan mesti dinilai semula. Penyusuan tdak sepatutnya menyakitkan. Simptom seperti tidak selesa (gatal, rasa panas), sakit, merekah, ruam (dermatitis, herpes), kemerahan, kulit berkeping, kulit berkilat dan sakit selepas menyusu adalah tanda puting payudara bengkak dan sakit.

Punca masalah tersebut disebabkan oleh faktor dakapan dan posisi kedudukan yang tidak betul, bengkak susu, salah hisapan, bayi keliru antara hisapan puting botol susu dengan penyusuan ibu atau jika makanan tambahan telah diberi. Cara mengatasi masalah ini:
  • Mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan aerola. Jika perlu perah dengan jari secara lembut.
  • Jika sakit semakin terasa, ambil ubat seperti paracetamol (panadol).
  • Jika rekahan puting semakin teruk, perah susu dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1 hingga 2 hari.
  • Sebelum menyusukan bayi, tuam payudara untuk merangsangkan pengaliran susu. Mulakan penyusuan di sebelah payudara yang kurang sakit.
  • Susui bayi secara lebih kerap, mengikut keperluan bayi, elak daripada menghadkan penyusuan.
  • Selepas menyusu, perah sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting. Biarkan sehingga kering.
  • Elak guna sabun dan alkohol untuk mencuci puting.
Masalah Susu Meleleh

Hal ini berlaku kerana payudara penuh dengan susu. Jadi, cuba tekap tapak tangan pada puting selama 1 atau 2 minit. Tukar pad coli bila lembap dan perah lebih kerap.
http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/07/masalah-penyusuan.htmL

5 comments:

  1. Thank's Infonya Bray .. !!!

    www.bisnistiket.co.id

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info hebat ini... sesiapa yang cari supplement untuk melengkapkan keperluan nutrisi jom la baca sini
    http://www.hargasetpenyusuan.com/2014/02/set-menyusu-shaklee-penyusuan-harga-pengalaman-kelebihan.html

    ReplyDelete
  3. tq for sharing. good info

    www.zahirahhafizan.com

    ReplyDelete
  4. Asaalam...sy nk tnye apa masalah sye
    dri start besalin smpai ke hari ini 41 hari payudara saye sakit mcam kna tusuk jarum sebelum dan selepas menyusu sakitnye macam die tarik2 urat smpai ke tulang belakang puaa sy tnye bidan diorg pon pelik...
    Sy tngok ibu2 diluar sana seronok mnysukan anak2 mereka...
    Lain plk dgn sy yg mrasakan sakit yg teramat apakah normal skit sye ni atw ade sbb2 lain

    ReplyDelete
  5. Asaalam...sy nk tnye apa masalah sye
    dri start besalin smpai ke hari ini 41 hari payudara saye sakit mcam kna tusuk jarum sebelum dan selepas menyusu sakitnye macam die tarik2 urat smpai ke tulang belakang puaa sy tnye bidan diorg pon pelik...
    Sy tngok ibu2 diluar sana seronok mnysukan anak2 mereka...
    Lain plk dgn sy yg mrasakan sakit yg teramat apakah normal skit sye ni atw ade sbb2 lain

    ReplyDelete